Khamis, 15 Januari 2009

Nota Hari Ini - Kalaula boleh memilih jodoh..suka-suka aje


Soalan cepumas diajukan kepada saya....Saya ditanya tentang ciri-ciri seorang lelaki yang diidamkan…Peh….soalan maut….kalau ditanya dalam exam mungkin saya gagal menjawabnya….


Tapi kata kawan-kawan… saya cerewet…Betulkah saya CEREWET?Saya termenung….haruskah saya memilih?Kalaulah saya boleh mengaturnya….Lalu saya katakan tentang lelaki idaman saya, bukan mengikut keutamaan….please don't take this seriously…


Faktor logik yang biasa:


** Cinta, kasih dan sayang – Semestinya dia seorang yang penyayang. Bagaimana nak mengharap kasih sayang saya kalau dia kedekut dengan rasa yang percuma itu. Saya tak kisah tentang cinta - ianya boleh hadir selepas berkahwin. Apa jadi kalau ianya tak hadir? ...huhuhu...


..Dia seharusnya mencintai dan tahu menghargai cinta dan kasih sayang saya. Saya akan mencintainya 99.99%. Andainya dia pergi dahulu, saya akan memberikan 99.99% lagi jika dia terbukti jujur. Jika tidak entahlah…..saya benci dikhianati….


** Usia – Mestilah yang lebih tua dari saya, maybe 5 yrs older or maybe more…I don't really mind the age gap.... umur 28-38 tahun pada 2009…Lalu kawan saya bertanya…Kenapa sampai 38 tahun? Tidakkah itu terlalu tua?Owh……saya tak berapa gemar kata-kata…life begins at 40…jadi saya kurangkan 2 tahun…..lawaknya…


Alasan saya….Emak dan abah mempunyai perbezaan umur 10 tahun. Seorang sepupu abah berbeza usia 18 tahun. Ketika isterinya masih amat muda, isterinya banyak bergantung kepadanya. Sekarang dia bergantung kepada isterinya. Kalau sama-sama tua, isterinya tak akan dapat mengurusnya yang sudah sering sakit.Kemungkinan lelaki yang berusia sudah mempunyai keluarga. Entah…..masih ramai lelaki yang mengejar kerjaya sebelum mencari cinta. but I don't like missing the boat.....hahaha. ..


** Has a strong shoulder to cry on – Suka duka bersama saya….tolong jangan biarkan saya berduka dan menangis sendirian…. walaupun saya boleh dikatakan seorang yang berdikari tetapi saya juga suka kalau dimanjakan…sekali sekala…Kalau tidak masakan ada kata-kata 'meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang'…hehehe…


** Berilmu dan beramal dengannya - Seorang yang tinggi ilmu agamanya dan beramal dengannya…yakni boleh membimbing saya, menegur dan membetulkan kesilapan saya dengan berhemah. Harus berani mengakui kesilapan….bukan cakap tak serupa bikin….Saya tak suka lelaki yang panas baran dan tak tahu menjaga tutur katanya. perrgghhh... ..


** Paras rupa - …..Ehem….yang sedap mata saya memandang. Tidak terlalu kacak nanti saya jadi amat cemburu….…. Yang hensem satu bonus…saya amat bersyukur jika ada seorang lelaki hensem yang sudi mengambil saya sebagai suri hatinya kerana saya banyak kekurangan dari segi paras rupa.


** Pekerjaan - Mestilah mempunyai kerja yang halal di sisi undang2 dan agama…kalau tidak macam mana nak menyara saya dan keluarga nanti. Bukankah mencari nafkah itu tanggungjawab suami?


** Bukan seorang perokok – Tiada siapa merokok di kalangan ahli keluarga rapat, kecuali sepupu abah saya. Saya selalu rasa hairan bagaimana seseorang boleh menyedut asap yang memualkan itu….Saya suka rumah saya nanti harum dengan wangian atau masakan yang sedap….bukan asap rokok…perrggh…


** Man of the house….Sedia membantu ketika di rumah seperti laundry dan cuci mencuci. Saya tak suka lelaki yang hanya tahu komplen dan memerintah kerana saya adalah 'suri' bukannya babu….


** Status - Semestinya yang lelaki tulen dan bujang ketika menikahi saya, bukan masih menjadi suami orang atau boyfriend kepada perempuan-perempuan lain atau lelaki yang sengaja mem'bujang'kan diri sebelum menikahi saya. Dia mesti lelaki yang 'clean'…..melepasi saringan….eh dah laksana di Malaysia kan? Mengapa harus saya menyusahkan diri sendiri berkongsi masalah yang dia cipta sebelum bertemu saya. Saya rasa saya tidak kejam….

2 ulasan:

  1. Salam Ketemu Jodoh , hehe dlm pa juga kadaan andai tu jodoh mu terimalah ya sadanya ...Doa moga pa yg dihajati jadi milik mu ...

    BalasPadam
  2. itu hanya hayalan je ... semua org nak perfect....hee..adoii..berbaliklah pd dunia realiti cik adikk... jgn lah memilih yg terbaik sbb tiada siapa yg sempurna kt bumi allah awt ni...

    apa yg allah taala tentukan pd jodohmu...itu yg terbaik bergantung sejauh mana iman mu ..sejauh itulah iman bakal suamimu nanti...

    BalasPadam