Sabtu, 31 Januari 2009

Puisi - Sejenak


Sejenak..
di ketika ini masih membeku
masih termanggu
walau seketika terpana
keindahan abadi

Sejenak..
di waktu ini masih keliru
masih terpaku
walau ada tika terpesona
keajaiban azali

Namun ia hanya sejenak cuma
tapi cukup untuk menyedarkan
insan yang lena
terbuai dengan kealpaan

Syukuri
sejenak ini masih melangkah megah
nikmati keindahan hidup
sejenak memikirkan kuasa Yang Rabbi

Sejenak..
mohon semoga hidup diberkati
semoga diri dirahmati
semoga kukuh iman di hati..

Khamis, 29 Januari 2009

Puisi - Salam Kejauhan Ini

Dari kejauhan ini...
Aku menyusun jari mohon kemaafan
Segala khilaf kesalahan dari tutur bicara
Hingga tanpa sedar mungkin kau terluka
Maafkan segala khilaf ku ini
Halalkan segala yang pernah menjadi santapan jiwa
Saat bergurau senda terkasar bahasa
Saat menerima rezeki berbahagi bersama
Saat terguna segala harta benda tanpa redha
Janganlah diambil kira segala rajuk memujuk
Pernah terkilan rasa sepanjang bersama
Tempuhi alam dewasa
Dari kejauhan ini juga...
Aku mengharapkan salam berutus salam
Moga kau masih didalam lindungan Tuhan
Beroleh kesabaran dirantauan
Terjaga segala kesihatan
Tabah harungi dugaan
Moga tetapkan hati dalam kekuatan
Kukuh iman dalam tangani cabaran
Walau halaman jadi kenangan
Teman taulan kekal dalam sebutan
Sanak saudara jadi igauan
Ayah bonda jadi rinduan
Buah hati dikenang
Perjuangan harus diteruskan
Laksanakan tugas dengan kesempurnaan
Jihadlah demi masa depan dalam jaminan
Dan keredhaan Tuhan
Aku bingkiskan ucapan ini
Sebagai tanda ingatan tak pernah dilupakan
Dari waktu hingga berganti waktu
Tetap ku utus salam buatmu
Walau jauh beribu batu
Tetap dihati ingat selalu
Demi cinta pada Rabbi ini
Ku mohon sekali lagi huluran jari
Bersambut ikhlas penuh insaf dihati
Berbahagialah dan sentiasa dirahmati
Semoga kejauhan ini masih terasa akrab
Menyambut segenap hari walau tanpa kerabat
Ukhwah kita tetap terasa nikmat
DisisiNya tetap terasa dekat
Mohon dari lubuk hati nan kasihmu
Kenang daku dalam takbirmu
Dalam doamu...
Dalam restu rindumu
Akan daku yang mengingatimu
Walau jauh dimata
Dihati tetap teringat jua
Sahabatku disana

Puisi - Salam Kejauhan Ini

Dari kejauhan ini...

Aku menyusun jari mohon kemaafan

Segala khilaf kesalahan dari tutur bicara

Hingga tanpa sedar mungkin kau terluka

Maafkan segala khilaf ku ini


Halalkan segala yang pernah menjadi santapan jiwa

Saat bergurau senda terkasar bahasa

Saat menerima rezeki berbahagi bersama

Saat terguna segala harta benda tanpa redha

Janganlah diambil kira segala rajuk memujuk

Pernah terkilan rasa sepanjang bersama

Tempuhi alam dewasa


Dari kejauhan ini juga...

Aku mengharapkan salam berutus salam

Moga kau masih didalam lindungan Tuhan

Beroleh kesabaran dirantauan

Terjaga segala kesihatan

Tabah harungi dugaan

Moga tetapkan hati dalam kekuatan

Kukuh iman dalam tangani cabaran

Walau halaman jadi kenangan

Teman taulan kekal dalam sebutan

Sanak saudara jadi igauan

Ayah bonda jadi rinduan

Buah hati dikenang

Perjuangan harus diteruskan

Laksanakan tugas dengan kesempurnaan

Jihadlah demi masa depan dalam jaminan

Dan keredhaan Tuhan


Aku bingkiskan ucapan ini

Sebagai tanda ingatan tak pernah dilupakan

Dari waktu hingga berganti waktu

Tetap ku utus salam buatmu


Walau jauh beribu batu

Tetap dihati ingat selalu

Demi cinta pada Rabbi ini

Ku mohon sekali lagi huluran jari

Bersambut ikhlas penuh insaf dihati

Berbahagialah dan sentiasa dirahmati


Semoga kejauhan ini masih terasa akrab

Menghadapi segenap hari walau tanpa kerabat

Ukhwah kita tetap terasa nikmat

DisisiNya tetap terasa dekat

Mohon dari lubuk hati nan kasihmu

Kenang daku dalam takbirmu

Dalam doamu...Dalam restu rindumu

Akan daku yang mengingatimu

Walau jauh dimata

Dihati tetap teringat jua

Sahabatku disana

Sabtu, 17 Januari 2009

Nota Hari Ini - Cinta


Langkah ku makin panjang
Menuju arah itu
Aku pasti di sana kau menunggu
Biarpun lelah jiwaku
Ternampak oleh mu
Aku pasti kau lebih tahu
Ku merenung dan merindu
Jelas untukmu kasih
Hanya untukmu
Yakin aku hampiri dirimu yang semakin jauh
Yakin kamu menanti diriku yang sering keliru
Kan ku tuju,kan ku tuju,dan di situ
Halalkanlah aku
Resah yang makin hilang
Ditinggalkan jejak ku
Aku pasti mahumu begitu
Biar terkadang waktu
Bertatih mencarimu
Aku pasti kaulah yang satu
Kau merenung dan merindu
Jelas untukku kasih
Hanya untukku

Khamis, 15 Januari 2009

Nota Hari Ini - Kalaula boleh memilih jodoh..suka-suka aje


Soalan cepumas diajukan kepada saya....Saya ditanya tentang ciri-ciri seorang lelaki yang diidamkan…Peh….soalan maut….kalau ditanya dalam exam mungkin saya gagal menjawabnya….


Tapi kata kawan-kawan… saya cerewet…Betulkah saya CEREWET?Saya termenung….haruskah saya memilih?Kalaulah saya boleh mengaturnya….Lalu saya katakan tentang lelaki idaman saya, bukan mengikut keutamaan….please don't take this seriously…


Faktor logik yang biasa:


** Cinta, kasih dan sayang – Semestinya dia seorang yang penyayang. Bagaimana nak mengharap kasih sayang saya kalau dia kedekut dengan rasa yang percuma itu. Saya tak kisah tentang cinta - ianya boleh hadir selepas berkahwin. Apa jadi kalau ianya tak hadir? ...huhuhu...


..Dia seharusnya mencintai dan tahu menghargai cinta dan kasih sayang saya. Saya akan mencintainya 99.99%. Andainya dia pergi dahulu, saya akan memberikan 99.99% lagi jika dia terbukti jujur. Jika tidak entahlah…..saya benci dikhianati….


** Usia – Mestilah yang lebih tua dari saya, maybe 5 yrs older or maybe more…I don't really mind the age gap.... umur 28-38 tahun pada 2009…Lalu kawan saya bertanya…Kenapa sampai 38 tahun? Tidakkah itu terlalu tua?Owh……saya tak berapa gemar kata-kata…life begins at 40…jadi saya kurangkan 2 tahun…..lawaknya…


Alasan saya….Emak dan abah mempunyai perbezaan umur 10 tahun. Seorang sepupu abah berbeza usia 18 tahun. Ketika isterinya masih amat muda, isterinya banyak bergantung kepadanya. Sekarang dia bergantung kepada isterinya. Kalau sama-sama tua, isterinya tak akan dapat mengurusnya yang sudah sering sakit.Kemungkinan lelaki yang berusia sudah mempunyai keluarga. Entah…..masih ramai lelaki yang mengejar kerjaya sebelum mencari cinta. but I don't like missing the boat.....hahaha. ..


** Has a strong shoulder to cry on – Suka duka bersama saya….tolong jangan biarkan saya berduka dan menangis sendirian…. walaupun saya boleh dikatakan seorang yang berdikari tetapi saya juga suka kalau dimanjakan…sekali sekala…Kalau tidak masakan ada kata-kata 'meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang'…hehehe…


** Berilmu dan beramal dengannya - Seorang yang tinggi ilmu agamanya dan beramal dengannya…yakni boleh membimbing saya, menegur dan membetulkan kesilapan saya dengan berhemah. Harus berani mengakui kesilapan….bukan cakap tak serupa bikin….Saya tak suka lelaki yang panas baran dan tak tahu menjaga tutur katanya. perrgghhh... ..


** Paras rupa - …..Ehem….yang sedap mata saya memandang. Tidak terlalu kacak nanti saya jadi amat cemburu….…. Yang hensem satu bonus…saya amat bersyukur jika ada seorang lelaki hensem yang sudi mengambil saya sebagai suri hatinya kerana saya banyak kekurangan dari segi paras rupa.


** Pekerjaan - Mestilah mempunyai kerja yang halal di sisi undang2 dan agama…kalau tidak macam mana nak menyara saya dan keluarga nanti. Bukankah mencari nafkah itu tanggungjawab suami?


** Bukan seorang perokok – Tiada siapa merokok di kalangan ahli keluarga rapat, kecuali sepupu abah saya. Saya selalu rasa hairan bagaimana seseorang boleh menyedut asap yang memualkan itu….Saya suka rumah saya nanti harum dengan wangian atau masakan yang sedap….bukan asap rokok…perrggh…


** Man of the house….Sedia membantu ketika di rumah seperti laundry dan cuci mencuci. Saya tak suka lelaki yang hanya tahu komplen dan memerintah kerana saya adalah 'suri' bukannya babu….


** Status - Semestinya yang lelaki tulen dan bujang ketika menikahi saya, bukan masih menjadi suami orang atau boyfriend kepada perempuan-perempuan lain atau lelaki yang sengaja mem'bujang'kan diri sebelum menikahi saya. Dia mesti lelaki yang 'clean'…..melepasi saringan….eh dah laksana di Malaysia kan? Mengapa harus saya menyusahkan diri sendiri berkongsi masalah yang dia cipta sebelum bertemu saya. Saya rasa saya tidak kejam….

Selasa, 13 Januari 2009

Nota Hari Ini - Hari Yang Bingung

Tepat jam 4.00 pg..dinihari tu..tiba2 terjaga dari lena yang tak berapa panjang..rasa berdebar2..rasa tak berapa best dalam hati..ntah pe yg nk jadi..akan terjadi..wallahualam..bingung + blur di fikiran.. sudahnya sampai pagi tak boleh tido..

yang paling tak best sekali..sepatutnya dalam waktu2 macam tu..dapat gak pahala solat tahajud sambil baca quran..ntahla..bila hati dan fikiran kacau..tak boleh nak buat semua tu..rasa2nye sape2 pun kat tempat aku mesti jadi gitu..


dan yang paling membingungkan kenapa banyak betul agenda yang nak kena diaturkan dah ada atas meja..secara otomatik naik semak kat mata dan kepala..ini pun curi masa sikit untuk nota hari ini..hehehe..
p/s: imej kat atas tu takde kena mengena pun..saja sejukkan mata

Khamis, 8 Januari 2009

Puisi - Jauh

Jauh itu adakalanya
menyenangkan...
ada tikanya memilukan dan
ada waktunya memeritkan


Saat itu berkata-kata
di hati..
berbicara di jiwa
berkaca di mata
terpendam luahan
yang tak bisa diucapkan


Lohong sepi itu amat kelam
sehingga memenatkan
tak mungkin diteruskan
perjalanan kabur yang sarat
dengan kedukaan


Jauh itu bukan satu akhiran
bukan kepayahan
yang perlu ditangiskan
sehingga melemaskan
hanya kekesalan
yang merajai sebuah kisah yang
tiada kesudahan....




Rabu, 7 Januari 2009

Nota Hari Ini - Azam Tahun Baru ??


Kalau nak ikutkan tak pernah pun berazam apa2..cuma setiap hari yang dihadapi perlu dilalui dengan sebaik mungkin..malas nak pening2 kepala memikirkan apa yang nak jadi esok hari..yang penting jadikan diri sendiri lebih bermotivasi..

Jadi..jadual pun dah sedia untuk tahun ni..so ikut jelah yang telah ditetapkan..hidup kena berperaturan, barula semuanya terkawal mengikut kemampuan..umur semakin meningkat kenalah sedar-sedarkan diri..buat apa-apa sahaja untuk hiburkan diri sendiri..


Awal-awal tahun ni semuanya sibuk..aku kat HR ni..hmmm..dh macam kapal karam..member sebelah pun dah tak larat nak angkat kepala punya tekun membelek masalah staf..aku?..aku cam biasalah..anggap aje masalah tu perkara yang perlu diselesaikan..tanggungjawab tu..kan keje tu satu ibadah..hehehe..


Kiranya tahun ni jugak bertambah2 la koleksi kawan2 baru..berkawan apa salahnya..mengeratkan silaturrahim...lagipun aku pun memang suka ramai kawan..untuk kekawan baru aku..terima kasihla ye...
pena : hiasi peribadi dengan seikhlas hati.. :)

Selasa, 6 Januari 2009

Puisi - Andai

Andai bisa ku terbang
umpama burung
kan ku risik khabarmu
kan ku dekati dirimu
kan ku iringi awan berlalu
membayangi setiap langkahmu
Andai aku bagaikan ombak
biar gelora mendatang
biar dalam lautan
biar hanyut keresahan
biar terdampar di tepian
takkan ku melangkah kelelahan..
Tapi...
semua itu takkan terjadi
ia hanya omongan semata
duka hati seorang perindu..
mewarnai lohong sepi
lara jiwa pencinta setia..
Melangkah pergi...
bersama kepiluan diri
bukan mengalah juga
bukan bersalah...
hanya menyedari
hati yang membisu kebekuan
tidak perlu ditangisi
tidak perlu dikesalkan..
biar pergi..tak perlu menoleh lagi

Jumaat, 2 Januari 2009

Raja Kasih Yang Hilang

Dulu segenap jiwa ragamu
belai nyawa
begitu cintaku padamu
Kau jelangi rinduku
kau junjungi kasihku
hanya nak bermanja
tanda hidup
Sejurusnya ku jatuh
mulalah ku kau jauh
sengaja kau menjauh..
Walaupun menjadi api
bagaikan raja kasih yang berubah menjadi benci
sinar ku menjadi bara
bagaikan raja cinta yang berubah menjadi curiga
p/s: semoga hari ini lebih baik dari semalam