Rabu, 25 Februari 2009

Ulasan Novel - Warna Hati

secerah mentari segemilang pelangi..
begitulah hangatnya hati kita yang bertaut..

novel ni dah lama keluar..tapi baru dapat beli..maklumlah susah nk dpt stok..so masa pg kl aritu..pe lagi borong la dkat 5 6 buah..xsyg duit ke..huhuhu..ntah la..minat punya pasal..agak2 kalu alaf21 tu wat soal selidikk..leh menang x jd pembeli setia..hehehe..

baca novel ni mmg gelak sorang2 la..nangis pun ye jugak..cmna pun mst la happy ending..kata seorang kawan..pembaca novel adalah antara golongan yang romantik..ye ke..ntah la..xtau plak kt mana romantiknya tu..(tp ada gak berangan kalau dpt cam Harith tu)..hehehe

Jumaat, 20 Februari 2009

Puisi - Jika Begitu Takdirnya

jika begitu takdirnya
ku harap kau pergi
jauh dari diri
jauh dari sisi
bukan membenci
jauh sekali berkecil hati


jika begitu takdirnya
ku mohon jangan kau muncul lagi
relakan juga aku bersendiri
bukan menyesali
hanya menginsafi diri
yang terkhilaf menilai hati budi


jika begitu takdirnya
lepaskan semua kekesalan
jangan lagi disimpan
hanya menambah duka di hati
yang seringkali mengugat iman


jika begitu takdirnya
hidup perlu diteruskan
jangan lagi menoleh kebelakangan
jika menambah sakit di fikiran


jika begitu takdirnya
yang terjadi hanya dugaan
jadikan satu pengajaran
juga jadikan tauladan
semoga kita semua diberkati Tuhan
lalui hari-hari dengan penuh ketakwaan..

Khamis, 19 Februari 2009

Puisi - Cerita Tentang Rindu

cerita tentang rindu tiada habisnya
tiada noktahnya
tiada penghujungnya
tiada penamatnya

cerita tentang rindu
hanya empunya diri yang tahu
walau berkongsi rasa hati
belum tentu serasi

aku..kau..dia dan mereka
siapa saja..miskin kaya
tua muda...kecil besar
pasti bercerita tentang rindu

rindu yang bergelora
rindu seorang teman
rindu seorang anak
rindu seorang ibu
rindu seorang ayah
walau siapa pun ia
rindu tetap membelengu

rindu satu naluri
yang tak mampu dibohongi
rindu satu anugerah
untuk insan yang bertuah..
jangan dikesali
jika rindu tak berpihak pada diri

walau cepat walau lambat
rindu tetap menambat
walau tiada di mata
ia abadi di jiwa

rindu jangan disimpan
perlu diluahkan
kelak merana badan
bila hajat tak kesampaian



[untuk teman yang berkenaan..jangan disimpan rindu sampai beku..:)]

Rabu, 18 Februari 2009

Puisi - Keliru

terkadang diri ini terkeliru
terbeku..dalam pertanyaan
yang tidak pernah mempunyai
jawapan..

terkadang hati ini cemburu
resah..dalam persoalan
yang tidak pernah diakhiri
kejujuran..

kita mungkin berbeza
tapi tak musthil bersama
kita mungkin

Isnin, 16 Februari 2009

XPDC - Bukit Kledang

Tarikh : 9 Februari 2009
Masa : 9.00 pg - 3 ptg


taklimat sebelum mendaki

..posing dulu

..warga KKM


hutan simpan Bukit Kledang


ulat gonggok besar @ tanglung..kenapa dipanggil tanglung..ntah..xtau la plak


sape xbiasa..mesti semput


trek yg meletihkan..24km mendaki


menara TNB di puncak kledang


posing dlm kepenatan..senyum mesti mau manis


mandi manda sejukkan badan

..terapi legakan keletihan yang melampau

Ahad, 15 Februari 2009

Puisi - Hati Seorang Teman

hati seorang teman
ada kalanya tak faham
ada ketikanya mengelirukan
benarkah itu seorang teman


hati seorang teman
ada kalanya bergelar kawan
ada ketikanya menjadi rakan
belum tentu menyenangkan


hati seorang teman
ada kalanya menjadi sahabat
ada ketikanya menjadi rapat
belum tentu ikatan erat


kata bidalan...
berbuat baik berpada-pada
berbuat jahat fikir natijahnya
kebaikan menjadi sebutan
kekurangan menjadi umpatan


teman setia seia sekata
teman karib ketawa duka bersama
teman rapat tak pernah berdusta
teman ikhlas tak pernah menduga

Sabtu, 14 Februari 2009

Puisi - Untuk Teman Yang Diingati

untuk teman yang diingati
semoga dirimu dirahmati
semoga dilindungi oleh yang Azali


untuk teman yang diingati
jangan sesekali kesali diri
dugaan datang dan pergi
hanya untuk menguji diri


untuk teman yang diingati
andai ingatan terlintas di hati
itu tandanya kita saling merindui
itu tandanya kita saling menyayangi


untuk teman yang diingati
suka duka bersilih ganti
senda gurau masih diingati
takkan dilupakan walau sesekali
apa lagi untuk dilupai


untuk teman yang diingati
jangan sedih menangisi diri
jangan pilu menghiasi hati
itu semua takdir Ilahi
yang Maha Mengetahui


untuk teman yang diingati
hakikat hidup adalah realiti
bukan sesuatu yang fantasi
mohon pada-Nya semoga kita diberkati


untuk teman yang diingati
langkah diatur berhati-hati
jangan menoleh kebelakang lagi
jadikan semua kenangan abadi
agar ceria mewarnai diri