Jumaat, 20 Februari 2009

Puisi - Jika Begitu Takdirnya

jika begitu takdirnya
ku harap kau pergi
jauh dari diri
jauh dari sisi
bukan membenci
jauh sekali berkecil hati


jika begitu takdirnya
ku mohon jangan kau muncul lagi
relakan juga aku bersendiri
bukan menyesali
hanya menginsafi diri
yang terkhilaf menilai hati budi


jika begitu takdirnya
lepaskan semua kekesalan
jangan lagi disimpan
hanya menambah duka di hati
yang seringkali mengugat iman


jika begitu takdirnya
hidup perlu diteruskan
jangan lagi menoleh kebelakangan
jika menambah sakit di fikiran


jika begitu takdirnya
yang terjadi hanya dugaan
jadikan satu pengajaran
juga jadikan tauladan
semoga kita semua diberkati Tuhan
lalui hari-hari dengan penuh ketakwaan..