Khamis, 19 Februari 2009

Puisi - Cerita Tentang Rindu

cerita tentang rindu tiada habisnya
tiada noktahnya
tiada penghujungnya
tiada penamatnya

cerita tentang rindu
hanya empunya diri yang tahu
walau berkongsi rasa hati
belum tentu serasi

aku..kau..dia dan mereka
siapa saja..miskin kaya
tua muda...kecil besar
pasti bercerita tentang rindu

rindu yang bergelora
rindu seorang teman
rindu seorang anak
rindu seorang ibu
rindu seorang ayah
walau siapa pun ia
rindu tetap membelengu

rindu satu naluri
yang tak mampu dibohongi
rindu satu anugerah
untuk insan yang bertuah..
jangan dikesali
jika rindu tak berpihak pada diri

walau cepat walau lambat
rindu tetap menambat
walau tiada di mata
ia abadi di jiwa

rindu jangan disimpan
perlu diluahkan
kelak merana badan
bila hajat tak kesampaian



[untuk teman yang berkenaan..jangan disimpan rindu sampai beku..:)]